Sunday, November 4, 2012

tekanan dalam bebanan

tekanan + bebanan = situasi yang akan mengasak fizikal dan mental seseorang melakukan tugasan luar biasa bagi keduanya dalam kemampuan yang dipaksa hasilnya terbahagi kepada dua :

1 . kejayaan melalui situasi rumit dengan hasil yang memuaskan atau sekadar secukupnya
2 . akibat bebanan luar biasa diri dalam diri menghasilkan kekuatan luar biasa yang jarang terkeluar dari kemampuan yang pernah dan biasa yang kita lihat..

T.E.K.A.N.A.N

1. tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan
2. pejamkan mata seketika
3. gosokkan kedua belah tapak tangan dan lekapkan pada mata dan pipi anda secara silih berganti.
4. senyum paling ikhlas buat diri sendiri

dan..teruskan berfikir setelah anda beroleh rasa tenang..

B.E.B.A.N.A.N

adalah mengHAIRANkan andai anda terlepas dari perkara berkaitan diatas..kerana kemaslahatan dan bebanan adalah fitrah serupa bagi setiap makhluk yang punya akal dan minda yang baik..

JOM UBAH !

bebanan haruslah kita jadikan KEBIASAAN yang pernah saya dan anda lalui dan perlu jalani..anda dan saya tidak perlu jadi insan yang TERTEKAN kerana kebiasaan yang kita tidak sedari .. senyum lebar-lebar bila anda rasa terbeban akan sesuatu perkara..anda akan terhindar dari rasa terTEKAN..


T.E.K.A.N.A.N + B.E.B.A.N.A.N = K.E.B.I.A.S.A.A.N


Saturday, August 11, 2012

detik hati seorang gadis ::

utusan seorang gadis ::

hatinya penuh dengan harapan , mindanya selalu merencana , pandangannya selalu mahu dilabuhkan ,
hatinya sering mahu punya sandaran, pintanya selalu mahu ditunaikan , kata-katanya sentiasa mahu didengarkan .

masih wajarkah duhai laki-laki yang bijaksana,memadamkan harapan sedemikiannya..gadis itu fitrahnya lemah dan bukan selalu kalah..lemahnya mereka kerana mahu tunduk dan taat buatmu untuk suatu hari nanti..

" wanita itu perhiasan yang paling baik..hiasan yang mampu jadi lebih baik adalah mereka yang termasuk dalam golongan wanita yang solehah "

wahai gadis ..

usah engkau rendahkan nilaimu,biarpun engkau tidak dilihat orang,biarpun engkau tidak dipilih orang..nantikan insan yang ALLAH aturkan buatmu demi kebaikanmu..janjinya " perempuan yang baik-baik itu adalah buat laki-laki yang baik " sesungguhnya DIA tahu apa yang kamu perlu..

wahai lelaki budiman lagi bijaksana ..

pilihlah kamu dari kalangan wanitamu buat meredupkan hatimu saat engkau gundah,buat jadi temanmu saat engkau sepi,buat jadi ma'mum mu dalam jemaah usrati bahagiamu..
dan laki-laki memilih wanita itu berdasarkan 4 perkara : 1.rupa 2.harta 3.keturunan 4. agama 
dan pilihlah yang punya agama nescaya beruntunglah kedua tanganmu  ::

Wednesday, July 11, 2012

dalam hidup...

kehidupan itu realiti alam untuk bermesra bersama penghuni bumi...
biarlah dan jangan terus menghukum kurnia dan jalan yang telah ALLAH pilih..

kehidupan sentiasa dipersimpangan pilihan..memilih yang baik jua pernah tersasar..realiti alam yang bukan sempurna..realiti manusia yang mengabdikan kesempurnaan tanpa mengetahui sepenuhnya daya seorang manusia...

dalam hidup ini..usahlah kamu meletakkan pagar mengelilingi dirimu..biarlah ia umpama layang-layang yang terbang tinggi..sejauh apapun...setinggi mana sekalipun kamu masih mampu mengawalnya jika kamu tahu dan fahami...

pejamkan mata..rehatkan minda dan akalmu..usah terlalu bermuka-muka mendabik rasa pertiwi alam maya..sudah cukuplah mengangkat julang nilai harga diri yang semakin meruncing..adab dan hikmah kian menghilang dan...rasa juga kasih sayang yang begitu jauh dari batin keperluan manusia sebenarnya..keegoan memecahkan tembok batasan perasaan buat seorang insan..meletakkan marah ditempat salah ..membiarkan hati membengkak kecewa yang tidak sudah-sudah...hakikatnya manusia meninggalkan akar umbinya..hakikatnya manusia mahu tetap dalam hati yang membeku dan berjalan seolah2 tidak terpesong...lurus itu belum tentu benar..kerna hidup juga ada simpag siurnya..

benarkah kita telah menghayati hidup yang sebenar2nya..??